ARTIKEL

Pengudaraan baik, rumah segar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SETIAP rumah memerlukan suasana yang menyegarkan untuk memberi keselesaan kepada penghuninya.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mewujudkan persekitaran yang harum dan segar, sama ada dengan menggunakan bahan semula jadi atau alat penyegar udara moden.

Berikut tip yang boleh anda amalkan untuk memastikan udara di rumah sentiasa segar dan menyenangkan, menjadikan setiap sudut rumah lebih nyaman dan menenangkan.

Guna minyak pati

Memilih jenis minyak pati yang segar, seperti bau vanila, lemon, dan lavender, mampu meningkatkan kesegaran kawasan sekitar rumah anda.

Pewangi bilik pelepah (room freshener) merupakan salah satu bahan yang menyebarkan bau secara berterusan sepanjang hari.

Selain itu, ia juga memberi kesan segar di setiap sudut rumah.

Pelembap (humidifier) yang diisi dengan minyak pati memberi aroma segar ke seluruh rumah.

Letak lilin wangi

Lilin wangi mempunyai aroma yang menenangkan.

Rumah kita perlu mempunyai kawasan untuk berehat dan berasa tenang setelah seharian bekerja.

Oleh itu, ruang tamu, bilik tidur, dan bilik mandi merupakan tempat yang sesuai untuk mencipta suasana yang lebih nyaman.

Tip untuk mengekalkan kesegaran bilik menggunakan lilin adalah dengan menyalakannya selama tiga puluh minit hingga satu jam setiap hari.

Penyegar udara semula jadi

Penyegar udara semula jadi hanya memerlukan bahanbahan yang terdapat di dapur anda.

Hanya perlu sediakan bahanbahan yang terdapat di dapur, dan kita dapat menyegarkan kawasan rumah.

Contohnya, campuran air, hirisan lemon, dan daun pudina boleh diletakkan di dalam botol semburan.

Hal ini dapat membantu mengatasi bau yang tidak diingini, seperti bau sampah dan bau najis haiwan peliharaan yang boleh mengganggu kita.

Pengudaraan yang baik

Pengudaraan yang baik membantu rumah sentiasa berasa segar dan sejuk.

Aliran udara yang baik membolehkan udara panas keluar dengan lancar tanpa terperangkap di dalam rumah.

Kipas siling dan kipas ekzos (exhaust fan) boleh mengalirkan udara panas keluar dengan lebih cepat.

Tambahan lagi, meletakkan pokok di dalam rumah seperti lidah mertua atau monstera dapat memberikan udara yang lebih bersih.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU