Pengumpulan minyak masak terpakai mulai hari ini

SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) akan memulakan pengumpulan minyak masak terpakai di kawasan pentadbirannya bermula 1 April.

Pengerusinya Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai dalam satu kenyataan berkata, untuk memulakan inisiatif Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) diperkenalkan oleh United Nation dan sesuai dengan agenda pembangunan masyarakat di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, MDLBS akan memperkenalkan inisiatif ini dengan segera bermula 1 April 2021.

“Oleh itu, MDLBS ingin memaklumkan kepada masyarakat umum bahawa pengumpulan atau mengutip minyak masak terpakai wajib seperti yang telah disahkan sebagai salah satu syarat pelesenan untuk semua pemegang lesen kedai makan di bawah bidang kuasa MDLBS,” ujar beliau.

Sempurai berkata, pelaksanaan pengumpulan minyak goreng terpakai akan dibahagikan kepada 3 fasa.

Fasa 1 adalah untuk semua kedai makan (seperti kedai kopi, restoran dan semua pemegang lesen yang berkaitan berdaftar di bawah MDLBS).

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 01 Apr 2021

Suara Sarawak