Kuala Lumpur : Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengadakan satu sidang akhbar khas berhubung status terkini Covid-19 pada pukul 4 petang ini.
Sidang akhbar khas ini akan dibuat oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.
Kes Covid-19 dilaporkan terus meningkat sebanyak 28,375 kes aktif direkodkan selain 39,015 kes import dicatatkan sejak 10 hingga 16 Disember 2023.
Dilaporkan bilangan pesakit yang menjalani kuarantin di rumah berjumlah 27,689 orang.
Pesakit yang memerlukan rawatan di hospital berjumlahk 664 orang dan daripada jumlah itu, seramai lapan individu ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 14 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.



