ARTIKEL

Pengundi Samalaju diseru pertimbang kesinambungan pembangunan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.70 Samalaju diseru mempertimbangkan kesinambungan pembangunan yang telah dilaksanakan sepanjang sedekad lalu dalam menentukan hala tuju kepimpinan kawasan itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak kali ini.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Majang Renggi, berkata pelbagai perubahan dan pencapaian pembangunan sejak 2016 perlu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memajukan Samalaju, khususnya dalam sektor perindustrian, infrastruktur dan kesejahteraan masyarakat.

Beliau berkata, tempoh sepuluh tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat menyaksikan Samalaju berkembang daripada kawasan yang masih baharu kepada antara lokasi strategik pembangunan industri di Sarawak.

Majang berucap pada majlis pelancaran jentera PRU Sarawak Ke-13 bagi N.70 Samalaju.

Menurutnya, antara pencapaian penting ialah pembukaan kilang ferroalloy pada Jun 2016, diikuti kemasukan pelaburan industri lain termasuk Press Metal yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta menyediakan peluang pekerjaan.

“Perkembangan sektor perindustrian ini turut membuka ruang kepada pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus mewujudkan peluang ekonomi yang lebih luas kepada penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bagi DUN N.70 Samalaju di Rumah Sating Bundan KM67, Jalan Bintulu-Miri, pada Isnin.

Beliau menambah, beberapa lagi projek industri berskala besar, termasuk pembangunan kilang metanol dan metanol hijau, turut berpotensi memperkukuh kedudukan Samalaju sebagai kawasan perindustrian strategik pada masa hadapan.

Selain pembangunan industri dan infrastruktur, beliau yang juga penyandang kerusi DUN Samalaju berkata keperluan masyarakat di kampung dan rumah panjang juga terus diberi perhatian menerusi pendekatan turun padang serta kerjasama dengan ketua masyarakat dan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).

Majang bersalaman dengan orang ramai yang menghadiri majlis pelancaran jentera PRU Sarawak Ke-13 bagi N.70 Samalaju.

Menurutnya, sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah mengunjungi lebih 70 kampung dan rumah panjang bagi mendengar sendiri permasalahan penduduk serta mengenal pasti keperluan pembangunan di peringkat akar umbi.

Beliau turut menyentuh pertambahan jumlah pengundi di kawasan DUN N.70 Samalaju yang meningkat daripada sekitar 13,000 orang pada 2016 kepada lebih 17,000 orang pada 2021, sebelum melebihi 34,000 orang berdasarkan angka yang diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Majang berkata, pertambahan itu memperlihatkan perubahan landskap kawasan berkenaan yang memerlukan perancangan pembangunan lebih menyeluruh dan berterusan bagi memenuhi keperluan penduduk.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengundi supaya melihat bukan sahaja pencapaian pembangunan yang telah dilaksanakan, malah perancangan dan komitmen untuk membawa Samalaju ke tahap seterusnya.

Beliau berharap kepercayaan dan sokongan rakyat dapat diteruskan bagi membolehkan agenda pembangunan yang sedang dirintis tidak terhenti, sebaliknya terus memberi manfaat kepada generasi akan datang.

BERITA LAIN

Projek RM6.3 juta SK Salah Kechil siap lebih awal

TANJONG MANIS: Penantian warga Sekolah Kebangsaan (SK) Salah Kechil untuk menikmati prasarana pendidikan lebih selesa berakhir apabila projek pembinaan semula sekolah bernilai RM6.3 juta berjaya

BERITA TERBARU

Samalaju kukuh sebagai hab perindustrian sedekad

BINTULU: Transformasi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.70 Samalaju sepanjang 10 tahun membuktikan potensi kawasan itu sebagai hab perindustrian dan pintu masuk ekonomi baharu. Timbalan