MELAKA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan sehingga 95 peratus pengundi keluar mengundi pada hari pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 hari ini.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, memaklumkan seramai 5,286 pengundi awal atau 53.25 peratus sudah mengundi di 31 pusat mengundi setakat jam 10.35 pagi.
Sebanyak 19 daripada 50 saluran akan ditutup pada tengah hari kerana jumlah pengundi yang sedikit, manakala saluran lain ditutup berperingkat pada jam 2 dan 5 petang.
Seramai 9,769 anggota tentera dan 2,762 anggota polis terlibat dalam pengundian awal ini, menjadikan jumlah keseluruhan pengundi 12,531 orang.
Selain itu, SPR menerima 237 laporan kesalahan kecil berkaitan bendera parti dan bahan kempen sejak penamaan calon pada 31 Okt, dan Ramlan menyeru semua pihak terus berhemah serta tertib sepanjang baki tempoh kempen speerti dilapor Bernama.






