ARTIKEL

BARISAN UTAMA...Pemain kesebelasan utama pasukan Machan FC.

Pengurus Machan FC tetap kagum dengan karektor pemain

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengurus Machan FC, Azizie Fauzi tetap kagum dengan semangat juang dipamer pemainnya pada perlawanan menentang Bunga Raya Damansara FC hujung minggu lalu.

Menurut Azizie, meskipun tewas tipis (2-1) ditangan kelab yang turut diperkuat pemain import itu.

Yang pasti kata Azizie, semangat melawan yang ditunjukkan pemainnya tampak luar biasa sekali.

“Tetap berpuas hati dengan karektor yang dipamer para pemain pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim hujung minggu lalu.

“Pemain telah berusaha memberikan yang terbaik sepanjang tempoh 90 minit permainan sebenar,” ujar Azizie kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, Machan FC pada perlawanan tersebut turut menurunkan beberapa muka baharu dari skuad Sukma 2024.

“Persefahaman yang ditunjukkan mereka cukup memuaskan, dan saya percaya segalanya akan lebih mantap lagi selepas ini,” jelas Azizie.

Gol tunggal Machan FC pada perlawanan tersebut dijaringkan oleh Mohd. Aidil Safee minit ke-77.

Manakala, dua gol pasukan Bunga Raya Damansara FC dijaringkan oleh Kannan Kalaiselvan minit ke-48 dan Mohammad Farid Khazali minit ke-69.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu