ARTIKEL

Peniaga kedai runcit di pasar Saratok yang ditahan semasa Op Dadu di sini, semalam.

Peniaga kedai runcit ditahan disyaki ejen judi loteri awam haram

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Seorang peniaga kedai runcit di pasar Saratok ditahan polis dalam Op Dadu kerana disyaki terlibat sebagai ejen jualan judi loteri awam haram di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek lelaki berusia 33 tahun itu turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

Menurut beliau, suspek yang merupakan peniaga kedai runcit di Pekan Saratok dipercayai menjalankan kegiatan tersebut bagi menambah pendapatan.

“Suspek sebelum ini pernah ditahan pada tahun 2017 dan 2021 di bawah Seksyen 9(1) ARJT 1953.

“Pada tahun lalu, suspek sekali lagi ditahan di bawah Seksyen 4A(a) akta yang sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dalam serbuan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Saratok, polis turut merampas beberapa barang kes.

Antaranya ialah satu telefon pintar jenama Redmi 13C, sekeping kertas yang mengandungi catatan nombor loteri awam haram, sebatang pensel berwarna biru serta sejumlah wang tunai.

Kes kini disiasat lanjut di bawah Seksyen 4A(a) ARJT 1953.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU