ARTIKEL

Penjara 12 bulan, pengawasan polis tiga tahun untuk penagih syabu di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah jenis syabu pada Oktober lalu.

Jackson, 44, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah DK Afigah Alya AK Johari @ PG Johari.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama kerana memasukkan dua jenis dadah terlarang, iaitu Methamphetamine dan Amphetamine, ke dalam badannya.

Dia disahkan positif dadah semasa ditahan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching sekitar jam 5.45 petang pada 24 Oktober lalu.

Seksyen terbabit membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, anggota polis daripada Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Hasil saringan awal air kencing tertuduh didapati positif dadah.

Kemudian, laporan sampel urin tertuduh daripada Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak turut mengesahkan tertuduh positif dadah Amphetamine dan Methamphetamine.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh berada di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas menjalani hukuman penjara.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Siti Radhiah Abdul Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Lelaki 22 tahun terima padah berjudi di kafe

KUCHING: Seorang lelaki tempatan didenda RM3,500 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana berjudi dalam talian di sebuah kafe, iaitu

BERITA TERBARU