ARTIKEL

Penjarakan sosial di rumah pekerja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) diarahkan untuk menghasilkan SOP di rumah pekerja yang perlu direka khas untuk penjarakan sosial.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memandang berat mengenai rumah pekerja ketika mengadakan lawatan di Pusa beberapa hari lalu.

Kata Uggah, walaupun 30 orang yang bekerja di tapak binaan di situ dan tempat yang mereka diami sempit.

“Beliau mengarahkan JKR untuk menghasilkan SOP untuk menentukan bahawa rumah pekerja terutamanya untuk projek kerajaan dirangka untuk penjarakan sosial.

“Kami menghasilkan SOP bagi kontraktor kerajaan. Kerajaan sedang membantu kontraktor untuk membina tempat kerja supaya ia selesa dan menenuhi syarat penjarakan sosial,” katanya setelah membuat lawatan di pusat belibelah Aeon di sini, kelmarin.

Turut sama hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng. Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, pihaknya merancang mengadakan ujian saringan rawak di seluruh tapak binaan di Sarawak pada minggu hadapan.

Jelasnya, ujian saringan rawak itu dibuat berikutan pengesanan kes satu positif Covid-19 melibatkan pasangan warga asing dan seorang penyelia projek warga tempatan.

Tambah Uggah, tapak binaan berkenaan diberi tumpuan khusus kerana pada wabak penularan Covid-19, denggi dan rabies yang masih melanda Sarawak. “Kita akan buat ujian rawak dan putuskan untuk melihat sama ada polisi mewajibkan pekerja membuat saringan berdasarkan pada ujian rawak tersebut,” katanya.

Uggah berkata, pekerja asing dari Indonesia yang sudah memiliki permit kerja sama ada di tapak binaan, ladang atau pembantu rumah dibenarkan masuk ke negeri ini.

Tambahnya, majikan mereka harus membayar RM150 satu malam kepada hotel untuk proses kuarantin selama 14 hari dan membayar RM300 untuk ujian saringan.

Beliau menegaskan, Operasi Benteng yang dilaksanakan di sempadan negeri ini bagi memastikan tiada pekerja asing haram datang ke negeri. “Kita akan terus bertegas dalam soal ini. Saya harap orang ramai juga membantu usaha menghalang pekerja asing tanpa izin datang ke Sarawak,” tegasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Bina impian anak Sarawak

SETIAP kali Belanjawan Sarawak dibentangkan, perhatian masyarakat lazımnya tertumpu pada angka peruntukan, projek pembangunan dan pelan ekonomi negeri. Namun, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga