ARTIKEL

TEGUHKAN INTEGRITI — Fadillah bercakap pada Wacana Program Kepimpinan dan Pengurusan Lanjutan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kuala Lumpur, hari ini. Foto: FB Fadillah Yusof.

Penjawat awam perlu kekal profesional dan berkecuali

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dalam landskap politik yang semakin dinamik, penjawat awam perlu kekal teguh berpegang kepada prinsip integriti, profesionalisme dan berkecuali dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof, pada Wacana Program Kepimpinan dan Pengurusan Lanjutan di Dewan Baiduri, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini.

“Dalam sesi tersebut, saya berkongsi amanat kepada para peserta mengenai peranan penting perkhidmatan awam sebagai tonggak kestabilan, kesinambungan dasar serta kemajuan negara.

“Saya turut menegaskan bahawa setiap dasar yang dirangka dan dilaksanakan hendaklah berpaksikan kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat, bukannya dipengaruhi oleh perubahan politik semasa,” katanya.

Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, berkata kesinambungan dasar yang baik amat penting bagi memastikan negara terus berdaya saing, memperkukuh tadbir urus serta mengekalkan keyakinan pelabur dan kestabilan ekonomi.

Dalam menghadapi cabaran geopolitik, ketidaktentuan ekonomi global, tegasnya, seluruh jentera perkhidmatan awam perlu terus berpandangan jauh, bertindak secara strategik dan mengurus sumber negara dengan penuh tanggungjawab.

“Pada masa yang sama, kita mesti memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan melalui dasar yang mampan dan berhemah.


“Sesungguhnya amanah sebagai penjawat awam bukan sekadar melaksanakan tugas, tetapi memikul tanggungjawab besar untuk memastikan Malaysia terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara yang makmur, berdaya tahan dan sejahtera demi generasi hari ini dan akan datang,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU