ARTIKEL

KABEL… Antara kabel yang dicuri oleh suspek berjaya digagalkan pasukan polis semalam.

Penjenayah tegar 13 rekod kantoi curi kabel, dua rakan masih diburu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tindakan pantas polis berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel di Jalan BDC di sini, semalam, dengan penangkapan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun manakala dua lagi rakan sejenayahnya masih diburu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsly Naga Chabu berkata, suspek ditahan ketika sedang melakukan aktiviti khianat tersebut bersama dua individu lain yang melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

KABEL… Antara kabel yang dicuri oleh suspek berjaya digagalkan pasukan polis semalam.

‘’Kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,’’ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, semakan rekod mendapati suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau selain ujian saringan awal air kencing menunjukkan lelaki berkenaan positif dadah.

KABEL… Antara kabel yang dicuri oleh suspek berjaya digagalkan pasukan polis semalam.

Beliau menegaskan, tangkapan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Polis Diraja Malaysia dalam membanteras kegiatan jenayah dan penyalahgunaan dadah di daerah ini.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini digalakkan menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Asan Osman di talian 019-867 5550 atau menyalurkan maklumat melalui Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-24444 atau mana-mana balai polis berhampiran.

‘’Dua individu lain yang terbabit masih diburu dan tindakan tegas akan diambil sebaik sahaja mereka dikesan.

‘’Masyarakat diminta supaya terus bekerjasama menyalurkan sebarang maklumat bagi memastikan keselamatan awam terpelihara serta mengurangkan risiko berlaku jenayah serupa di bandar raya Kuching,’’ katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU