ARTIKEL

Bernama

PENJUAL SHOPEE CATAT LONJAKAN JUALAN SEMPENA RAYA 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sembilan daripada 10 penjual di platform e-dagang Shopee mencatatkan lonjakan jualan ketara bersempena dengan Aidilfitri tahun ini dan hampir separuh daripadanya menganggap ia sebagai musim perayaan yang paling menguntungkan.

Menurut Kajian Trend Penjual Shopee Raya 2025, sebanyak 60 peratus penjual menyatakan motivasi utama mereka adalah bagi menjamin kestabilan kewangan keluarga manakala 30 peratus melihat Aidilfitri sebagai peluang penting untuk mengembangkan perniagaan bagi jangka masa panjang.

“Baki penjual yang lain pula didorong oleh keinginan untuk menawarkan produk berkaitan raya yang bermakna dan dapat menyerikan sambutan pelanggan,” menurut kenyataan Shopee di sini hari ini.

Shopee memaklumkan penjual memanfaatkan pelbagai alat serta ciri disediakan Shopee untuk menjangkau lebih ramai pelanggan dan meningkatkan penglibatan termasuk menggunakan insentif pembeli seperti Shopee Ads, Shopee Coins dan baucar.

Berdasarkan kajian itu juga, sebanyak lapan daripada 10 penjual memanfaatkan ciri Shopee Live dan Shopee Video yang memainkan peranan penting dalam merangsang lonjakan jualan, serta ia membina hubungan lebih mendalam dengan pelanggan dan meningkatkan keterlihatan jenama.

“Shopee Live dan Shopee Video menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan pesat ramai penjual, dengan menggunakan kedua-dua ciri ini, penjual dapat mencatat lonjakan ketara dalam prestasi jualan mereka,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, program Shopee Affiliate turut membantu memperluas jangkauan melalui cadangan ahli affiliate dan pempengaruh yang dipercayai. – Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU