Sejak kemerdekaan, jumlah kematian bayi menurun dengan ketara iaitu daripada 75.5 kematian bagi setiap 1,000 kelahiran kepada hanya 6.1 pada 2021 di Malaysia.
Menurut Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa, jumlah kematian ibu juga menunjukkan penurunan iaitu daripada 210 kematian bagi setiap 100,000 kelahiran kepada 24.9 pada 2020.
Ujarnya, pencapaian ini membuktikan komitmen kerajaan untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.






