ARTIKEL

Penyokong JDT banjiri kedai mamak saksi final Piala Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat membanjiri beberapa kedai mamak di sekitar bandar raya ini bagi menyaksikan final Piala Malaysia antara pasukan itu menentang Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.
Menerusi tinjauan Bernama, Restoran E&Y Sahul di Adda Height, di sini, yang merupakan antara kedai mamak yang tidak asing dalam kalangan penyokong bola sepak sebagai lokasi pilihan, dilihat menyediakan dua skrin layar besar.

Kebanyakan penyokong datang bersama seisi keluarga dengan lengkap memakai jersi Harimau Selatan bagi menyaksikan skuad bimbingan Esteban Solari itu.

Rata-rata penyokong JDT yang di temui berkata mereka tiba sejak jam jam 7.30 malam bagi menyatakan sokongan kepada pasukan JDT.
Pengusaha restoran berkenaan, Sahul Hameed E Yaccob, berkata beliau menganggarkan seramai 1,000 pengunjung bersama penyokong JDT menyaksikan perlawanan akhir itu.

Bagi penyokong JDT, Mohd Ishak Abu Bakar, 42, beliau lebih memilih untuk menonton melalui skrin layar besar di kedai mamak berbanding di rumah kerana kemeriahan serta semangat kesukanan kuat yang dikongsi bersama.

Katanya, Piala Malaysia dijangka kekal menjadi milik JDT dengan ramalan pasukan itu menewaskan Terengganu FC 3-2 meskipun keadaan padang dikatakan tidak memuaskan
“Semoga JDT terus mengekalkan aksi terbaik dan dapat membawa pulang Piala Malaysia ke Johor,” katanya.

Senada dengan Mohd Ishak, Kamal Azmi Yusof, 45, berkata keadaan padang tidak akan menjejaskan perlawanan JDT.

“Bagi saya pemain JDT mampu beraksi dengan cemerlang dan sekurang-kurangnya menewaskan Terengganu FC 3-1,” katanya.

Abdul Rashid Hamzah, 44 pula yakin JDT mampu menewaskan Terengganu FC dengan mudah berdasarkan pencapaian cemerlang juara Liga Super 10 kali itu.

“JDT bukan pasukan yang mudah ditewaskan dan ia terbukti berdasarkan prestasi dan kejayaan mereka selama ini.

“Bagaimanapun bahang final ini berlainan, saya rasa JDT tetap akan berhadapan dengan cabaran menentang Terengganu FC,” katanya.

JDT merupakan juara tiga kali Piala Malaysia dan Terengganu FC pula mengejar kejuaraan kedua selepas menjulang piala itu pada 2001.

BERITA LAIN

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah