ARTIKEL

Gambar hiasan | Freepik.com

Perangkap jenayah seksual

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DUNIA yang semakin mudah mengakses maklumat dengan teknologi yang semakin canggih dengan mengetik sahaja melalui telefon pintar beribu informasi yang diperoleh.

Begitu juga cabaran yang dihadapi dalam mendidik kanakkanak yang semakin terdedah dengan teknologi maklumat semasa. Apatah lagi kanak-kanak didedahkan dengan tontonan yang tidak sepatutnya seperti pornografi.

Kajian Malaysians Against Pornografi (MAP) pada 2018 mendedahkan data amat mengejutkan apabila kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara sengaja.

Sementara hampir 89 peratus daripada kanak-kanak berusia 13 hingga 17 tahun menjadi mangsa antun dalam talian.

Tahukah anda mengajak kanak-kanak menonton pronografi merupakan satu kesalahan jenayah yang boleh di hukum di bawah Seksyen 15(e) Akta KesalahanKesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 Akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Baru-baru ini, di Sarawak seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen Kuching kerana mengajak adik perempuannya menonton video lucah dalam telefon milik tertuduh.

Difahamkan, mangsa berusia 13 tahun sendiri membuat laporan polis tentang perbuatan abangnya yang membawa dia menonton animasi berbaur pornografi di kediaman mereka di sebuah kampung, Jalan Penrissen, kira-kira jam 8.30 malam, 20 September 2023.

Tindakan abangnya pasti memberi trauma kepada kanak-kanak tersebut apabila didedahkan dengan video tidak senonoh.

Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mendedahkan bahawa golongan penjenayah pedofilia semakin meningkat.

Menurutnya, bagi tempoh dua tahun iaitu 2021 dan 2022, sebanyak 3,360 kes rogol kanakkanak dilaporkan.

“Pada tahun 2021, sejumlah 1,605 kes direkodkan manakala tahun 2022 mencatatkan 1,755 kes, sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 150 kes,” katanya.

Modus operandi pelaku dengan berkenalan dengan mangsa di platform media sosial lalu mempengaruhi melakukan hubungan seks.

Trend tersebut didapati semakin berkembang dan menimbulkan kebimbangan.

Apatah lagi kanak-kanak yang mempunyai sifat ingin tahu mudah terjebak sehingga berani mengakses laman web yang memaparkan aksi lucah dan melihat gambar tidak senonoh sehingga ketagihan.

Apabila mangsa berjaya masuk ke perangkap pelaku, dia akan mengugut hendak menyebarkan video lucah mangsa sekiranya enggan dibawa melakukan hubungan seks atau diberikan sejumlah wang.

Menurut Siti Kamsiah, pada 2021, terdapat 183 kes bagi kes ugutan bagi tujuan sebar gambar atau video lucah mangsa, manakala tahun 2022 pula sebanyak 133 kes.

Dalam menghadapi cabaran seperti ini terutamanya akses Internet yang semakin mudah pebagai cara untuk membendung gejala.

Bagi membendung gejala ini, ibu bapa yang memainkan peranan penting untuk menangani anak-anak mereka terdedah dengan pengaruh negatif Internet.

Pemantauan ketat gajet yang digunakan oleh anak-anak perlu dilakukan bagi melindungi mereka daripada terjebak dengan pengaruh negatif terbabit.

Antara yang perlu dilakukan ialah dengan menyemak gajet yang anak mereka guna tentang laman sesawang yang pernah dilayari serta mengambil tahu semua platform media sosial yang sering mereka gunakan.

Selain itu, pendedahan mengenai jenayah seksual terhadap kanak-kanak terutamanya mengenai pedofilia juga harus dilakukan di peringkat sekolah.

Kempen jenayah seksual terhadap kanak-kanak harus didedahkan dalam pelbagai bentuk di semua peringkat termasuklah melalui platform media sosial.

Oleh itu, sama-samalah kita menjaga keselamatan kanakkanak daripada menjadi mangsa jenayah seksual.

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU