ARTIKEL

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... Mu’azamir Jili.

Perasmian serentak SUKMA dan Para SUKMA 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGOR: Seramai 45 orang mewakili Kontinjen SUKMA Sarawak dan Kontinjen Para SUKMA Sarawak akan terlibat dalam Majlis Perasmian SUKMA dan Para SUKMA 2026 yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 15 Ogos nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Mu’azamir Jili berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Ketua Kontinjen (CDM).

Pemilihan turut mengambil kira jadual pertandingan atlet.

“Seramai 45 orang wakil sahaja, gabungan antara SUKMA dan Para SUKMA.

“Kami akan melihat atlet yang mungkin mempunyai acara atau pertandingan pada waktu tersebut dan memilih mereka yang berkelapangan,” katanya.

Mu’azamir yang juga Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) berkata, delegasi Sarawak turut akan disertai barisan kepimpinan kedua-dua kontinjen.

Pembawa bendera dan ketua kontinjen masih belum dimuktamadkan.

Upacara berkenaan dijangka disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Sementara itu, Mu’azamir berkata, atlet Sarawak menunjukkan semangat juang yang memberangsangkan walaupun beberapa keputusan awal tidak memihak kepada mereka dalam peringkat kumpulan hari ini.

Beliau turut menyoroti kesungguhan pasukan bola tampar pantai ketika menentang pasukan tuan rumah.

Beliau turut menyentuh kemenangan pasukan polo air wanita ke atas Pulau Pinang.
Beliau menyifatkan semangat juang atlet Sarawak sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan dan menjangkakan lebih banyak keputusan positif akan menyusul.

BERITA LAIN

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah