ARTIKEL

Gereja Katolik St. Peter Misa Tengah Malam Krismas Kuching Seni Bina Gothik Perayaan Krismas di Malaysia
Orang ramai berbaris di luar gereja sebelum pintu dibuka pada jam 9 malam.

Perayaan Krismas pertama meriah di Padungan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mercu tanda baharu bandar raya Kuching, Gereja Katolik St. Peter di Padungan meriah dengan kehadiran hampir 5,000 penganut Kristian bagi meraikan misa tengah malam Krismas pertamanya, malam tadi.

Sembahyang khas pada malam Krismas di gereja baharu yang menelan peruntukan pembinaan berjumlah RM38 juta itu bermula sekitar jam 11 malam dan berakhir pada jam 2 pagi.

Sebahagian hadirin yang menghadiri misa tengah malam Krismas dari luar Gereja St. Peter.

Bagaimanapun, gereja yang dibangunkan dengan seni bina Gothik itu mula dipenuhi oleh orang ramai seawal jam 6 petang, berbaris di luar gereja sebelum pintu dibuka tepat jam 9 malam.

Sebaik melangkah masuk, rata-rata hadirin kagum serta terpesona dengan keindahan gereja berkenaan, terutama deretan tingkap kaca berwarna yang dihiasi indah dengan lukisan menggambarkan kisah kehidupan Yesus.

Sekitar jam 9.30 malam, ruang dalam gereja yang tersusun rapi dan elegan serta mampu menampung lebih 1,000 orang dalam satu-satu masa sudah penuh sesak.

Koir gereja menyanyikan lagu-lagu Krismas.

Bagi mereka yang tidak dapat masuk, skrin besar dan tempat duduk disediakan di luar gereja, memastikan semua dapat merasai pengalaman rohani yang sama.

Pada jam 11 malam, suasana menjadi lebih tenang apabila koir gereja mula menyanyikan lagu-lagu Krismas.

Bahagian dalam gereja yang memukau dengan seni bina elegan.

Melodi harmoni memenuhi ruang, mencipta suasana khusyuk menjelang detik tengah malam.

Tepat jam 12 tengah malam, misa dimulakan dengan doa dan upacara pemberkatan gereja oleh Uskup Agung Roman Katolik Kuching, Datuk Simon Poh, sekali gus menandakan perasmian awal Gereja St Peter itu.

Dalam khutbahnya, Uskup Agung menyampaikan mesej yang mendalam tentang erti Krismas sebagai simbol kasih, harapan, dan perpaduan.

Beliau turut menyeru para hadirin agar mengamalkan nilai tersebut ke dalam kehidupan seharian.

Beliau turut disertai oleh Rektor gereja, Rev Father Vincent Chin, dan Father Galvin Richard Ngumbang, yang bersama-sama memimpin upcara penuh hikmah ini.

Bagi mereka yang tidak dapat hadir pada malam tadi, misa Krismas pagi turut diadakan hari ini pada jam 7.30 pagi dan 5.30 petang.

Dalam pada itu, para pengunjung dinasihatkan untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran aliran trafik.

Untuk rekod, gereja tersebut merupakan projek ikonik yang dibangunkan bagi memenuhi keperluan penganut Katolik di Kuching dan kawasan sekitarnya.

Projek pembinaannya bermula pada tahun 2018, bertujuan menggantikan bangunan lama dengan fasiliti yang lebih moden dan mampu menampung jumlah pengunjung yang semakin meningkat.

Bangunan gereja sebelum ini dibina pada 1949 dan hanya dapat menampung sekitar 800 jemaah.

BERITA LAIN

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

BERITA TERBARU

Khir Rahman kembali ke pentas teater Istana Budaya

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah tersohor, Khir Rahman kembali beraksi di pentas teater selepas hampir sedekad menerusi pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak Pengembaraan Sang Kancil di