ARTIKEL

Reaksi perenang negara, Tong Yu Jing di garisan penamat, apabila menduduki tempat ketiga dalam acara 100 meter gaya bebas pada Kejohanan Renang Umur Berkumpulan Malaysia 2026 di Pusat Akuatik, Bukit Jalil.

Perenang negara fokus tingkat kepantasan 0.1 saat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perenang muda kebangsaan, Tong Yu Jing berhasrat memperbaharui rekod kebangsaan acara 50 meter (m) gaya bebas miliknya yang dicipta di Sukan SEA 2025 Thailand, Disember lepas.

Tanpa menetapkan sasaran khusus, atlet berusia 20 tahun itu yang menamatkan kemarau pingat negara dalam acara berkenaan di temasya dwitahunan tersebut menerusi catatan 22.48 saat, bertekad memperkemas teknik bagi mencatat masa lebih pantas pada kejohanan akan datang tahun ini.

“Saya sedang berusaha memperbaiki catatan masa. Jika dapat mencatat masa sekurang-kurangnya 0.1 saat lebih baik, itu sudah memadai,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Renang Kumpulan Umur Jemputan Malaysia (MIAG), di sini, semalam.

Terdahulu, Yu Jing menamatkan saingan di tempat ketiga dalam acara 50m gaya bebas lelaki pada Kejohanan MIAG selepas mencatat masa 23.56 saat.

Pingat emas dimenangi perenang Indonesia, Jason Donovan Yusuf dengan catatan masa 23.27 saat, manakala To Siu dari Hong Kong meraih pingat perak selepas mencatat 23.37 saat.

Dalam pada itu, Yu Jing mengakui beliau tidak berpuas hati dengan renangannya hari ini, namun menganggap ia sebagai permulaan positif bagi musim baharu.

“Keputusan ini bukan seperti yang saya harapkan, namun memandangkan ini baru minggu ketiga saya kembali menjalani latihan selepas Sukan SEA, saya rasa ini sudah agak memuaskan,” katanya.–BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan