ARTIKEL

Perginya insan yang saya hormati

Perginya insan yang saya hormati

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENGACARA terkenal tanah air, Datuk Aznil Nawawi terkesan dengan peninggalan salah seorang tokoh legenda kita pada Ahad lalu.

Katanya, Ahmad Nawab ialah individu yang amat dihormati dan segani dalam industri.

“Perginya seorang yang sangat saya hormati.

“Tidak ramai tahu saya pernah diuji bakat sebagai penyanyi kanak-kanak semasa berusia 12 tahun,”kongsinya.

Tambahnya, dia terkejut apabila arwah masih ingat tentang momen tersebut.

“Paknil amat terkejut apabila beliau sebut sesi itu ketika Paknil menemu bual beliau untuk siaran Astro.

“Walaupun tidak terpilih tapi sehingga bila-bila Tan Sri Prof Dr Ahmad Nawab akan sentiasa menjadi hero dunia lagu buat tanah air.

Al-Fatihah,”tulisnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU