ARTIKEL

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (kanan) bersama-sama Datuk Seri Setia Awang Nazmi Awang Mohamad (kiri) menzahirkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Peribadi mesra Tun Abdullah dikenang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Personaliti tenang, mesra dan penyayang dimiliki Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadikan beliau seorang tokoh pemimpin yang disenangi ramai.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, keperibadian Allahyarham terpancar dalam setiap pertemuan, menjadikan permergiannya satu kehilangan yang cukup besar kepada negara.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual media selepas menerima kunjungan hormat delegasi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Datuk Seri Setia Awang Nazmi Awang Mohamad di Wisma Sumber Alam, di sini hari ini.

Sementara itu, Awang Nazmi turut menzahirkan rasa dukacita sambil menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh yang dihormati di Brunei.

“Allahyarham Tun amat dihormati di Brunei kerana peranannya merapatkan hubungan dua hala di antara Malaysia dengan Brunei.

“Bagi kami orang Brunei tidak akan lupa jasa Allahyarham Tun dalam merapatkan hubungan dua hala ini,” katanya.

BERITA LAIN

Pesta Tanglung Mukah 2026 tarik 7,000 pengunjung

MUKAH: Kira-kira 7,000 pengunjung membanjiri Pesta Tanglung Bahagian Mukah 2026, mencatatkan peningkatan kehadiran berbanding penganjuran tahun sebelumnya. Pesta yang memasuki edisi kelima sejak diperkenalkan pada

BERITA TERBARU