ARTIKEL

Awang Tengah menerima cenderahati pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PERKIM Lawas.

PERKIM Lawas Terus Perkasa Kebajikan Komuniti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Agenda memperkasakan kebajikan komuniti terus diutamakan khususnya dalam membantu golongan yang memerlukan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sumbangan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) amat signifikan dalam menyantuni masyarakat menerusi pelbagai inisiatif kebajikan yang merangkumi aspek sosial, pendidikan dan kesihatan.

Menurutnya, komitmen tinggi PERKIM Lawas dapat dilihat menerusi pelaksanaan pelbagai program sepanjang Ramadan, termasuk penyaluran sumbangan Hari Raya kepada lebih 1,300 penerima.

“Pencapaian ini membuktikan bahawa walaupun Lawas merupakan daerah kecil, keupayaan mengumpul dana serta menyantuni golongan memerlukan amat membanggakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PERKIM Lawas, pada Selasa.

Beliau yang juga ADUN Bukit Sari menegaskan bahawa kerjasama erat antara PERKIM, agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu terus diperkukuh bagi memastikan pelaksanaan program kebajikan dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan berkesan.

Awang Tengah merakam foto kenangan pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PERKIM Lawas. FOTO UKAS

Mengulas perkembangan semasa, beliau memaklumkan bahawa pembinaan bangunan PERKIM Lawas yang dijangka siap dalam tempoh terdekat bakal menjadi pusat pelaksanaan pelbagai aktiviti komuniti pada masa akan datang.

Sementara itu, Pengerusi PERKIM Lawas, Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud berkata, penganjuran majlis tersebut bertujuan untuk menghargai segala usaha kebajikan yang dilaksanakan sepanjang Ramadan serta sepanjang tahun oleh warga PERKIM.

Beliau menambah, PERKIM Lawas akan terus bergerak aktif melalui pelbagai program kebajikan yang bukan sahaja menceriakan suasana Ramadan, malah membantu golongan memerlukan dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Langgur ngemanah ICQS Biawak agi dipansik

KUCHING: Langgur ngemanahka Kompleks Imigresyen, Kastam, Kuarantin enggau Pengelikun (ICQS) Biawak agi dipansik nengah ‘feasibility study’ Pelin Besai Pemansang Kandang Menua Sarawak. Menteri Dagang Temuai,