ARTIKEL

Perlu aksi pemanas badan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KETUA jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim mengakui, perlu aksi pemanas badan untuk anak-anak buahnya ketika ini.
Menurut Irfan, perlawanan tersebut penting bagi membentuk keserasian pemain.
“Aksi pemanas badan penting kerana itulah peluang untuk membentuk keserasian pemain,” katanya ketika ditemui semasa latihan petang semalam.
Beliau akui agak sukar untuk mencari pasukan bagi tujuan tersebut.
Apatah lagi negara yang diselubungi penularan pandemik Covid-19 yang sekali gus membataskan perancangan semua pasukan.
Apa pun, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan bagi mencari pasukan ataupun kelab yang berpotensi untuk diajak sparring kelak.
“Saya percaya pasti ada kelab atau pasukan boleh diajak sparring nanti,” jelasnya.
Sambil mengakui tidak terlalu memilih status kelab mahupun pasukan berkenaan.
Yang penting sekali, pemain ada melalui perlawanan tersebut nanti.
Irfan memulakan tugas secara rasmi bersama Kuching City FC Khamis lalu selepas melalui proses kuarantin selama 14 hari.

BERITA LAIN

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi