ARTIKEL

Perlunya kerjasama penduduk rumah panjang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARAWAK pernah menjadi negeri contoh semasa menangani penularan wabak Covid-19 sejak ia melanda negara tahun lepas. Walaupun Sarawak negeri yang paling besar di Malaysia, namun keupayaan Kerajaan Negeri dalam membendung penularan wabak ini sememangnya patut dipuji.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) yang bertindak sebagai pengurusan telah menjalankan tugasan dengan cemerlang. Namun, sejak kebelakangan ini peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di Sarawak amat mengecewakan.
Sejak 8 Januari lalu Sarawak merekodkan peningkatan kes yang sungguh menggerunkan dengan wujudnya Kluster Pasai. Dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan satu sama lain kerana ia adalah tanggungjawab kita bersama. Kluster Pasai merebak dengan pantas kerana ia melibatkan penduduk di rumah panjang, akibatnya 18 buah rumah panjang di Sibu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lebih buruk apabila penularan wabak ini melibatkan rumah panjang yang kebanyakan adalah warga kampung yang kurang ilmu pengetahuan tentang isu semasa.
Apabila berlaku majlis seperti perkahwinan, bertunang dan kematian di rumah panjang masyarakat kerap berkumpul untuk memberi penghormatan dan berkongsi kesedihan atau kegembiraan.
Malah, pada program seperti ini juga penduduk rumah panjang selalunya akan menyediakan makanan untuk dihidangkan kepada tetamu. Mengamalkan norma baharu di rumah panjang bukanlah pekara yang mudah untuk penduduk kampung kerana mereka sudah biasa bersalaman dan makan bersama-sama dengan duduk berdekatan.
Untuk memahamkan mereka tentang norma baharu ini pula salah satu masalah yang dihadapi oleh kerajaan kerana jangkauan ke kawasan rumah panjang ini agak jauh. Meskipun hebahan di radio, media cetak dan televisyen ada dilakukan, namun usaha ini mungkin belum sepenuhnya difahami oleh penduduk rumah panjang.
Ini kerana, penduduk rumah panjang jarang mengikuti perkembangan semasa dan hanya menghiraukan aktiviti harian mereka seperti berkebun, menuai padi dan sebagainya. Kini, Covid-19 telah menyerang kawasan pedalaman khususnya rumah panjang dan untuk menghentikan wabak ini di kawasan-kawasan ini bukan mudah. Jika semasa wabak ini mula menular dahulu, kawasan rumah panjang antara kawasan paling selamat apabila ramai daripada ketua kampung menghalang kemasukan orang luar ke rumah panjang mereka.

Malah, penduduk rumah panjang bekerjasama menjaga jalan utama masuk ke kawasan rumah panjang mereka dengan menjaga kawalan dengan ketat. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha yang sangat baik dalam mengekang penularan wabak Covid-19 pada waktu itu. N
amun, setelah hampir setahun berperang dengan wabak ini, masyarakat seperti lupa tentang SOP pencegahan Covid-19 terutamanya di kawasan pedalaman dan rumah panjang.

Masyarkat juga mula tidak peduli tentang peraturan dan SOP yang perlu diambil apabila berjumpa dengan orang lain serta merasakan keadaan sudah kembali pulih. Akibatnya, kini kawasan rumah panjang telah menjadi sasaran pihak pengurusan dalam memerangi Covid-19.
Oleh itu, kerjasama daripada penduduk di rumah panjang perlu dalam memutuskan rantaian Covid-19 di negeri ini khususnya. Ia penting untuk memulihkan keadaan sekali gus melegakan kerisauan yang sedang kita hadapi kini.
Jika sebelum ini Sarawak mampu menjadi negeri contoh memerangi Covid-19 maka gelaran itu perlu dikekalkan. Samasamalah kita tampil membantu barisan hadapan.

BERITA LAIN

PETROS, PETRONAS dan kejutan gembira

RUPA-RUPANYA masih ada yang tidak berpuas hati apabila Sarawak menggerakkan usaha dan berjaya dalam menuntut haknya terhadap pemilikan padang dan lombong minyak dan gas di

Sihat sebelum sakit

MANFAATKAN lima perkara sebelum lima perkara. Pertama, muda sebelum tua; kedua, sihat sebelum sakit; ketiga, kaya sebelum miskin; keempat, lapang sebelum sibuk dan kelima, hidup

Azam baharu hijrah

NABI Muhammad SAW dan sahabat berhijrah dari Makkah ke Madinah. Di situ bermula kisah Muhajirin dan Ansar bertaut persaudaraan, dan berkembangnya umat Islam lantaran tersebar ke

Ikhlas belajar

SEBELUM memasuki alam pekerjaan atau mengeluarkan titih peluh menjana pendapatan, sudah pasti terdapat mahasiswa mempunyai perancangan kerjaya sendiri. Ada antara mereka mengidamkan untuk bekerja mengikut

Jutawan 60 tahun

PENGARAH Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Wilayah Sarawak Aminuddin Abdul Aziz mendedahkan kepada Suara Sarawak — di Sarawak sekitar 1,700 daripada 850,000 pencarum daripada pelbagai

Di sebalik tabir Euro 2024

PENYOKONG fanatik England, Gordon Thomas, 39, ditangkap di Lapangan Terbang Manchester pada petang 18 Jun lalu, di bawah Akta Penonton Bola Sepak 1989 selepas kembali

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya