ARTIKEL

PERMUDAH URUSAN KWSP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH berada di zon tengah Sarawak sememangnya mengalami pembangunan pesat seperti kawasan lain di negeri ini.

Tidak dinafi kan, dengan adanya sokongan dan kerjasama rakyat, pembangunan ini dapat berjalan dengan lancar.

Ini kerana, mereka percaya dan memberi sokongan padu kepada wakil rakyat dan agensi yang terlibat bagi membantu membangunkan Mukah terutama dari segi kemudahan infrastruktur.

Namun, dalam proses Pembangunan Mukah, masih terdapat kelompangan kemudahan sehingga memaksa penduduk Mukah ke bahagian berdekatan seperti Sibu dan Bintulu.

Antaranya ialah pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Perkara ini tentunya memakan banyak kos terutama dari segi pengangkutan hanya untuk menyelesaikan urusan KWSP seperti pendaftaran i-Akaun.

PENGALAMAN

Berdasarkan pengalaman saya baru-baru ini, urusan untuk mengaktifkan i-Akaun tidak memakan masa yang lama dan tidak sampai lima minit.

Urusan tersebut tentunya memudahkan penduduk di Mukah sekiranya kiosk tersebut disediakan di sini tanpa mereka perlu ke bahagian lain seperti Sibu dan Bintulu.

Walaupun urusan tersebut boleh diselesaikan secara dalam talian, namun ada kes tertentu memerlukan pegawai KWSP untuk menguruskannya.

Lebih baik sekiranya Mukah mempunyai kemudahan KWSP sendiri memudahkan penduduk di sini. Penduduk bukan sahaja boleh bertanya terus kepada pegawai KWSP, tetapi mereka juga boleh memahami bagaimana pengeluaran KWSP dan sebarang urusan berkenaan.

Walaupun disediakan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya terdapat masalah atau pertanyaaan, tentunya lebih mudah berurusan secara terus kerana lebih banyak pertanyaan dan mudah untuk diterangkan.

LEBIH JIMAT

Walaupun disediakan tambang RM1 ke Sibu, tetapi ia tetap mengambil masa yang lama kerana perjalanan ke sana hampir dua jam.

Jika kiosk tersebut ada di Mukah, tentunya urusan 10 minit tersebut dapat dilakukan dengan segera sekali gus mengurangkan beban penduduk.

Bukan itu sahaja, bagi mereka yang kurang berkemampuan tentunya perkara ini sangat membantu terutama dari segi kewangan untuk berulang-alik ke bahagian lain semata-mata menguruskan KWSP.

Besar harapan saya agar pihak berwajib memandang serius perkara ini kerana ia membantu rakyat di kawasan Mukah itu sendiri.

Tentunya, banyak pihak gembira dan berasa senang hati sekiranya pejabat atau sekurang-kurangnya kiosk KWSP disediakan di Mukah. 

Oleh itu, dengan adanya perkhidmatan seperti ini, tentunya ia dapat menjadikan Mukah sebagai bahagian yang mempunyai pelbagai kemudahan seiring dengan pembangunan pesat yang ada di sini. 

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU