ARTIKEL

RAKAM KENANGAN... Ruslan Bujang (berdiri di tengah) merakam gambar bersama pemain terlibat.

Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak terus perkasa pembangunan tenis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Usaha memperkasakan pembangunan sukan tenis terus dipergiat Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak (PTBS) menerusi penganjuran Klinik Tenis di Kompleks Tenis PTBS baru-baru ini.

Presidennya, Ruslan Bujang berkata, penganjuran klinik tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada pemain untuk memperlihatkan bakat mereka, malah menjadi platform menambah baik mutu permainan.

“Kita komited dalam memastikan pembangunan sukan tenis secara menyeluruh.

“Saya percaya, dengan pengelolaan klinik seperti ini, pemain terlibat dapat mempelajari sesuatu dengan lebih komprehensif,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.
Program berkenaan berjaya menghimpunkan lebih 20 pemain daripada pelbagai latar belakang.

Menurut Ruslan, sepanjang klinik berlangsung, pemain diberikan pendedahan meliputi latihan asas serta teknik permainan yang dikendalikan jurulatih berpengalaman.

Katanya, program tersebut turut disertakan dengan sesi soal jawab interaktif bagi meningkatkan kefahaman peserta.

Beliau berkata, maklum balas diterima menunjukkan program seumpama itu berjaya meningkatkan minat dan kemahiran pemain secara tidak langsung.

Terdahulu, Ruslan turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan klinik berkenaan.

“Kerjasama yang terjalin pada dasarnya berperanan menjadi penggerak dalam mengeratkan silaturahim komuniti tenis setempat,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU