ARTIKEL

Persediaan anak hadapi peperiksaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUSIM peperiksaan bermula sehingga Disember di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Pasti ibu bapa dan anak sibuk membuat persediaan untuk menghadapi musim mencabar ini.

Namun apakah peranan yang patut dilakukan oleh para ibu bapa bagi membantu anak?

Pertama, sudah tentu ibu bapa mahukan anak mereka mencapai kejayaan di sekolah. Ibu bapa hendaklah melihat keupayaan anak dan menyesuaikan dengan matlamat yang hendak dicapai.

Matlamat pula hendaklah dipersetujui oleh kedua-dua pihak agar kerjasama boleh disepakati.

Seterusnya jadual harian harus seimbang bagi memastikan anak dapat belajar, berehat dan memenuhi tanggungjawab yang ditetapkan.

Jadual tersebut membolehkan mereka mengaplikasi kemahiran membahagikan masa dengan bijak serta tidak mengabaikan perkara lain semata-mata mengejar kejayaan dalam peperiksaan.

Ibu bapa boleh menilai pengetahuan anak-anak dalam sesi ulang kaji. Sekiranya didapati anak mempunyai kelemahan, cuba ajar semampunya.

Namun, jika masih tidak berjaya, dapatkan bantuan daripada pihak lain seperti mendapatkan tutor.

Kadangkala perlu dilihat apakah kaedah pembelajaran yang sesuai dengan anak untuk memudahkan proses belajar.

Paling penting, kita sebagai umat Islam hendaklah memanjatkan doa kepada Allah agar usaha kita ini diberkati.

Penting bagi anak-anak diajar untuk memahami konsep usaha, doa, tawakal dan ketentuan Allah.

Tidak lupa kita sebagai manusia juga tidak lari daripada ujian dan hendaklah sentiasa bersabar menghadapinya.

InsyaAllah anak-anak akan lebih bersedia dari segi psikologi bagi menghadapi musim peperiksaan.

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu