BERTEMAKAN I am the best Muslim, anak-anak penduduk di Taman Sri Makmur mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Wanita Ikram Kuching, Sabtu lalu.
Program ini merupakan persediaan untuk menyambut ketibaan Ramadan.
Slot pertama mengimbas kembali peristiwa Israk Mikraj bersama-sama fasilitator.
Aktiviti ini mendedahkan kanak-kanak gambaran jelas tentang peristiwa tersebut dan kaitannya dengan perintah Allah SWT untuk melaksanakan solat fardu lima waktu.
Seterusnya kanak-kanak diberitahu kesitimewaan Ramadan dan persediaan yang boleh dilakukan.
Bagi merai kreativiti dalam diri kanak-kanak yang hadir, aktiviti membina replika kaabah dan masjid dibuat menggunakan bahan binaan 3D (tiga dimensi).
Aktiviti ini sangat menghiburkan apabila pelbagai kaedah binaan dicuba oleh peserta.
Aktiviti seterusnya ialah mewarna dan melengkapkan teka silang kata mengikut tahap satu dan dua.
Semangat kanak-kanak ditingkatkan pula dengan acara nasyid berkumpulan bertemakan “solidariti buat Palestin”.
Akhir sekali, acara penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Wanita Ikram Kuching, Raja Salmah.
Para ibu bergotong-royong menyediakan juadah makan tengah hari untuk semua yang hadir.
Semoga ukhuwah kekal terjalin antara peserta dan penganjur dengan pelaksanaan program sebegini.



