IKMAS melalui Cawangan Kepimpinan Dan Alumni, Bahagian Hal Ehwal Pelajar mengadakan program motivasi bertajuk Way To Success bertempat di Auditorium al-Wadi Ikmas Kampus 2, 27 Januari lalu.
Program ini bertujuan membina matlamat kejayaan diri sebagai teras penting kejayaan pelajar.
Bermula daripada matlamat jelas bertujuan kerana Allah SWT dan bertujuan meningkatkan daya emosi positif dalam pembelajaran.
Selain itu, pelajar dapat menguasai kemahiran belajar dan membantu mereka dalam aspek teknikal bagi menempuh masa genting membuat persiapan peperiksaaan tidak lama lagi.
Perkongsian dan ceramah program disampaikan oleh Ketua Cawangan Kepimpinan dan Alumni Ikmas, al-Fadhil Ustaz Abdul Rahim Othman.



