Pertimbang keluarga tentera permohonan hilang

KUCHING: Keluarga Koperal David Edmund Rapi, 39, yang berasal dari Dalat memohon untuk turut serta dalam Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR).Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, keluarga David Edmund juga memohon kebenaran agar diberi taklimat oleh Kementerian Pertahanan.

Bagaimanapun, pihaknya belum menerima jawapan daripada Kementerian Pertahanan berhubung perkara tersebut.
Setakat ini, keluarga Koperal David Edmund hanya diberikan kebenaran untuk masuk keKem Bukit Chowder, Perlis untuk mengambil barang milik mangsa.

“Kalau tiada kata putus diberikan oleh Kementerian Pertahanan, maka mereka hanya akan pergi ke kem tersebut untuk mengambil barangan milik mangsa untuk dibawa pulang ke kampung halaman,” katanya.

Untuk itu, beliau berharap Kementerian Pertahanan mempertimbangkan permintaan keluarga mangsa.

Fatimah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengagihan Daging Lembu
sempena Aidiladha kepada badan kebajikan di Surau Muallimin, Taman Desa Guru, di sini, semalam.

Pada 22 Julai lalu, Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan memaklumkan kehilangan dua anggota iaitu Koperal David Edmund Rapi dan Lans Koperal Moses Logers dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja
(4 RRD) berpangkalan di Kem Bukit Cowder, Perlis.Koperal David Edmund Rapi, 39, dan Lans Koperal Moses

Logers, 25, masing-masing berasal dari Dalat dan Bau didapati hilang ketika Ketua Penempatan menjalankan perbarisan pemerik saan malam untuk mengira kekuatan pada 19 Julai lalu.

Suara Sarawak