ARTIKEL

Pertingkat keselamatan jalan balak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Hutan Sarawak telah menetapkan reka bentuk standard dan kerja-kerja penyelenggaraan yang perlu dilakukan ke atas jalan balak di negeri ini.

Ia akan berpandukan kepada garis panduan Pembalakan Berimpak Rendah.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, ia bagi memastikan jalan balak sedia ada dan baharu di negeri ini dibina dan diselenggara oleh pihak pelesen balak dengan efisien terutama di kawasan Unit Pengurusan Hutan (FMU).

“Tambahan pula, undang-undang memandu di kawasan lesen pembalakan adalah berbeza dengan jalan awam.”

“Oleh itu, tanda penunjuk arah yang menunjukkan arah pemanduan betul di sepanjang jalan balak wajib disediakan oleh pihak pelesen balak untuk tujuan keselamatan pengguna,” katanya dalam persidangan DUN, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berhubung tahap keselamatan orang awam dan kakitangan kerajaan yang menggunakan jalan balak untuk pelbagai urusan di kawasan pedalaman negeri ini.

BERITA LAIN

Program Sarjana Muda Undang-Undang UM dilancar di Sarawak

KUCHING: Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat dengan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Swinburne, Sarawak mewujud dan memudahkan

Program vaksinasi haiwan percuma

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak akan menganjurkan program vaksinasi haiwan peliharaan, esok. Program terbabit akan berlangsung dari jam 9 pagi

BERITA TERBARU