Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan RM1 bilion kepada Kerajaan Kelantan bertujuan menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di negeri itu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah disalurkan kepada Kerajaan Kelantan bermula tahun ini.
Beliau berkata, tatakelola berkaitan perkara tersebut dijalankan secara telus.






