ARTIKEL

Pesawat bawa wang tunai AS$5.6 juta, 127.2kg emas dirampas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pihak berkuasa Zambia pada Selasa mengumumkan rampasan pesawat persendirian yang membawa wang tunai AS$5.6 juta, 602 kepingan emas dan lima pucuk pistol dengan 126 butir peluru, lapor Anadolu. Dikatakan, 10 individu termasuk enam warga Mesir, seorang Belanda, seorang Sepanyol, seorang Latvia seorang penduduk tempatan ditahan untuk siasatan lanjut.

Bercakap kepada media, Ketua Pengarah Suruhanjaya Penguatkuasaan Dadah Nason Banda berkata pesawat sewa itu, yang terbang dari Kaherah, Mesir, membawa “barangan berbahaya” mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kenneth Kaunda di ibu negara Lusaka kira-kira 7 malam waktu tempatan pada Isnin.

Beliau berkata, pesawat di mana barang-barang itu ditemui dan sebuah lagi pesawat milik syarikat penerbangan tempatan juga dirampas.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Teknik belajar berkesan

SERAMAI 27 pelajar menyertai program ‘Teknik Belajar Berkesan’ anjuran Jawatankuasa Masyarakat Ikram Kuching pada Sabtu lepas. Kesemua peserta terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga, Empat dan