ARTIKEL

Jurulatih dan pelatih penerbangan terselamat dalam nahas pesawat ringan jenis Cessna 172 (9M ADA) yang terhempas di kawasan ladang kelapa sawit di ladang Besout 2 Tambahan, Sungkai di sini. - Kredit: BERNAMA

Pesawat terhempas: Juruterbang dan pelatih terselamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH, Perak: Dua mangsa pesawat ringan jenis Cessna 172 (9M ADA) yang terhempas di kawasan ladang kelapa sawit di ladang Besout 2 Tambahan, Sungkai dekat sini merupakan jurulatih penerbangan dan pelatih.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata Kapten Shahrul Imran Surea, 26, yang beralamat di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur disyaki patah kaki kanan, manakala Ho Jia Lee, 20, beralamat di Lahat, Perak mengalami bengkak muka di sebelah kanan. 

“Pesawat adalah dari Syarikat Layang-Layang Aerospace Sdn Bhd, Ipoh. 

“Pesawat bergerak dari Ipoh ke Tanjung Karang pada 7.59 pagi tadi untuk latihan penerbangan, kemudian berpatah balik ke Ipoh dan terhempas di lokasi jam 9.30 pagi,” beliau memaklumkan dalam satu kenyataan hari ini. 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata kedua-dua mangsa telah dibawa keluar dari lokasi kejadian.

“Kita terima panggilan kecemasan pada 9.46 pagi dan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dengan bantuan BBP Bidor telah dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 20 kilometer dari jalan besar,” katanya. 

Terdahulu, video kejadian itu tular melalui aplikasi WhatsApp. – BERNAMA

BERITA LAIN

Polis Sarawak sedia hadapi banjir dan PRU Sarawak ke-13

BINTULU: Polis Sarawak sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk bencana banjir, serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU)

15 syarikat berminat labur di taman perabot Kuching

KUCHING: Walaupun masih pada peringkat perancangan, projek pembangunan taman perabot di Kuching menarik minat 15 syarikat untuk melabur, sekali gus memperlihatkan potensi pertumbuhan sektor pembuatan

BERITA TERBARU