KALI pertama menjejakkan kaki di Terengganu, saya menyangka perjalanan dari Kuching akan berjalan seperti biasa.
Namun, pengalaman itu ternyata bermula dengan sedikit cabaran sebelum akhirnya membawa saya kepada sebuah perjalanan singkat yang sarat dengan cerita, makanan dan kenangan baharu.
Perjalanan bermula seawal jam 7.00 pagi dengan penerbangan dari Kuching menuju Kuala Lumpur.
Pesawat selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sekitar jam 9.00 pagi sebelum penerbangan seterusnya ke Kuala Terengganu dijadualkan berlepas pada jam 10.00 pagi.
Bagaimanapun, masalah teknikal pada pesawat menyebabkan jadual penerbangan terpaksa ditangguhkan dan kami terpaksa menunggu hampir dua jam di KLIA2.
Hanya sekitar jam 12.00 tengah hari, penerbangan diteruskan sebelum pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu sekitar 1.00 tengah hari.
Sebaik sahaja kaki menjejak bumi Terengganu buat kali pertama, kepenatan sepanjang perjalanan sedikit terubat.
Walaupun masa untuk meneroka negeri berkenaan semakin singkat, rasa teruja mengatasi segala-galanya.
Saya memilih untuk tidak mengejar terlalu banyak lokasi, sebaliknya menikmati apa-apa yang sempat ditemui, daripada suasana pantai hinggalah kepada makanan yang selama ini hanya saya kenali melalui cerita.
Pantai Seberang Takir menjadi antara persinggahan yang paling menarik perhatian.
Hamparan laut biru, angin di tepi pantai dan suasana tenang memberikan ruang untuk berehat seketika selepas perjalanan yang panjang.
Kawasan yang turut dikenali sebagai Miami Beach itu juga menawarkan pemandangan menarik dengan latar mercu tanda baharu Terengganu.
Namun, wajah pantai berkenaan berubah apabila petang menjelang.
Deretan gerai jualan dan trak makanan mula memenuhi laluan di tepi pantai, sekali gus menjadikan kawasan berkenaan bukan sahaja lokasi untuk beriadah, malah turut menjadi tumpuan usahawan tempatan dan pemburu makanan.
Kedudukannya yang strategik yang bersebelahan dengan Jambatan Angkat Kuala Terengganu turut menjadikan Pantai Seberang Takir antara lokasi yang menarik untuk dikunjungi, terutama apabila suasana mula meriah pada sebelah petang.
Bagi saya, mengenali sesebuah tempat tidak lengkap tanpa mencuba makanan tempatan.
Ketika menyusuri deretan gerai, lokching menjadi antara makanan yang mencuri perhatian.
Melihat sosej bakar Thailand yang tersusun di gerai itu secara tidak langsung mengembalikan kenangan ketika masih belajar di Shah Alam apabila makanan ringan berkenaan sering menjadi peneman pada waktu petang ketika perut mula lapar.
Kenangan itu membuatkan saya tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa jenis sosej bakar Thailand.
Antara yang menjadi pilihan adalah sosej pulut ayam dan sandwic ayam yang dinikmati bersama sos merah dengan gabungan rasa pedas dan manis.
Belum puas meneroka deretan makanan, perhatian kemudian tertumpu kepada satu lagi juadah yang jarang ditemui di Sarawak, iaitu ketupat sotong.
Hidangan itu cukup unik apabila sotong diisi dengan pulut sebelum direbus dalam kuah santan pekat yang berempah, manis dan berlemak serta dicampur dengan biji halba.
Gabungan pulut yang kenyal, sotong segar serta kuah santan beraroma halia dan bawang menghasilkan cita rasa yang cukup berbeza.
Dengan harga sekitar RM15 untuk satu bekas, ketupat sotong juga mudah ditemui di beberapa gerai menuju ke kawasan pantai berkenaan.
Pada mulanya, saya hanya memandangnya, tetapi akhirnya rasa ingin tahu mengatasi rasa kenyang.
Antara keseronokan mengembara ke tempat baharu ialah mencuba makanan yang tidak pernah dirancang untuk dicuba.
Pengalaman sebegini boleh menjadi antara kenangan yang paling melekat dalam ingatan selepas perjalanan berakhir.
Namun, ada satu lagi perkara yang tidak boleh ditinggalkan sebelum pulang.
Kunjungan ke Terengganu rasanya belum lengkap tanpa membawa pulang keropok lekor sebagai buah tangan.
Saya turut singgah di Kedai Kepok Ikan Ssaje untuk mendapatkan keropok lekor yang cukup sinonim dengan negeri itu.
Diperbuat daripada ikan dan tepung sagu, keropok lekor boleh dinikmati dengan cara digoreng atau direbus sebelum dicicah bersama sos cili yang manis dan pedas.
Selepas seharian menikmati suasana dan makanan Terengganu, tibalah masa untuk mengucapkan selamat tinggal.
Namun, sebelum menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud untuk penerbangan pulang ke Kuching, saya dan rakan-rakan membuat satu persinggahan terakhir di Anjung Selera Roda-Roda untuk bersarapan.
Lokasinya hanya sekitar 3.7 kilometer dari lapangan terbang dengan perjalanan sekitar enam minit, menjadikannya pilihan yang cukup sesuai untuk mengisi perut sebelum penerbangan.
Saya memilih lontong, manakala dua rakan dari Kuching yang baru saya kenali ketika tiba di Terengganu memilih soto ayam.
Kami turut memesan roti canai telur keju untuk dikongsi sebagai penutup sarapan.
Di situlah saya sedar, perjalanan ini bukan sekadar mengenai tempat yang sempat dikunjungi atau makanan yang berjaya dicuba.
Dua individu yang pada awalnya merupakan orang asing ketika tiba di Terengganu akhirnya menjadi rakan seperjalanan, berkongsi meja sarapan dan mencipta satu lagi kenangan sebelum kami kembali ke Kuching.
Dengan perut yang sudah terisi dan buah tangan di tangan, kami meneruskan perjalanan ke hari nanti, kali ini dengan masa yang lebih panjang untuk meneroka pantai, pulau dan sisi lain negeri berkenaan yang belum sempat saya kenali.
Kunjungan pertama mungkin singkat, tetapi ia cukup untuk meninggalkan rasa ingin tahu yang lebih besar.
Ada perjalanan yang nilainya bukan diukur berdasarkan jumlah tempat yang berjaya dikunjungi, tetapi berdasarkan pulang ke Kuching, saya dan rakan-rakan membuat satu persinggahan terakhir di Anjung Selera Roda-RoLokasinya hanya sekitar 3.7 kilometer dari lapangan terbang dengan perjalanan sekitar enam minit, menjadikannya pilihan yang cukup sesuai untuk mengisi perut sebelum penerbangan.
Saya memilih lontong, manakala dua rakan dari Kuching yang baru saya kenali ketika tiba di Terengganu memilih soto ayam. Kami turut memesan roti canai telur keju untuk dikongsi sebagai penutup sarapan.
Di situlah saya sedar, perjalanan ini bukan sekadar mengenai tempat yang sempat dikunjungi atau makanan yang berjaya dicuba.
Dua individu yang pada awalnya merupakan orang asing ketika tiba di Terengganu akhirnya menjadi rakan seperjalanan, berkongsi meja sarapan dan mencipta satu lagi kenangan sebelum kami kembali ke Kuching.
Dengan perut yang sudah terisi dan buah tangan di tangan, kami meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Dua hari di Terengganu mungkin dianggap cukup untuk sebuah percutian singkat, tetapi tempoh itu masih terlalu pendek untuk meneroka segala yang ditawarkan negeri berkenaan.
Masih banyak pantai yang belum sempat disinggahi, selain pulau-pulau cantik yang belum berpeluang dijejaki.
Justeru, saya pasti akan kembali ke Terengganu suatu hari nanti, kali ini dengan masa yang lebih panjang untuk meneroka pantai, pulau dan sisi lain negeri berkenaan yang belum sempat saya kenali.
Kunjungan pertama mungkin singkat, tetapi ia cukup untuk meninggalkan rasa ingin tahu yang lebih besar.
Ada perjalanan yang nilainya bukan diukur berdasarkan jumlah tempat yang berjaya dikunjungi, tetapi berdasarkan kenangan yang membuatkan kita mahu kembali.



