ARTIKEL

Calvin ketika mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Pesta Tatau 2025 di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Tatau pada Rabu.

Pesta Tatau 2025 saji lebih 40 acara menarik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pesta Tatau 2025 bakal menampilkan lebih 40 acara menarik sepanjang 17 hari penganjurannya bermula 29 Ogos di Taman Komuniti Sungai Jatan, Tatau.

Pegawai Daerah Tatau, Calvin Ligong Endawie berkata, pesta berasaskan komuniti itu bukan sahaja bertujuan memupuk perpaduan dan semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, malah memperkasakan sektor pelancongan dan ekonomi tempatan.

Calvin ketika mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Pesta Tatau 2025 di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Tatau pada Rabu.

“Pesta ini merupakan platform untuk kita mengetengahkan keunikan budaya serta adat resam pelbagai kaum di daerah Tatau serta mempromosikan daerah ini sebagai destinasi pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Pesta Tatau 2025 di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Tatau pada Rabu.

Menurut Calvin, mesyuarat turut meneliti aspek-aspek penting penganjuran seperti logistik, keselamatan, pengurusan acara, pelibatan komuniti dan promosi, agar pelaksanaan pesta berjalan lancar dan teratur.

“Majlis pelancaran rasmi Pesta Tatau 2025 dijadualkan pada 5 September depan dan dijangka menarik kehadiran ribuan pengunjung dari dalam dan luar daerah,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU