ARTIKEL

Bernama

Petugas haji Tanah Suci mula berlepas ke Arab Saudi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Seramai 632 petugas haji Tanah Suci digerakkan ke Arab Saudi secara berperingkat bermula hari ini bagi membuat persiapan awal operasi musim haji tahun 1446H/2025M.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Syed Hamadah Syed Othman berkata seperti tahun-tahun sebelumnya, TH menempatkan para petugas haji tanah suci secara menyeluruh, merangkumi pelbagai sektor termasuk pengurusan maktab dan zon, kesihatan, bimbingan ibadat haji dan ziarah, kewangan, media, pengangkutan, sajian, bagasi, khidmat pelanggan dan sebagainya.

“Bagi musim haji 1446H ini, terdapat dua kumpulan petugas utama iaitu Petugas Rombongan Kebajikan seramai 358 orang dan Petugas Rombongan Perubatan seramai 274 orang.

“Saya percaya gabungan dari pelbagai latar belakang, kepakaran dan pengalaman inilah yang membentuk satu pasukan yang kuat dan mampu memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada jemaah haji negara,” beliau berkata dalam kenyataan hari ini.

Syed Hamadah berkata dua penerbangan kumpulan petugas seramai 74 orang telah mula berlepas hari ini, dan diikuti dengan kumpulan selebihnya yang akan berlepas secara berperingkat, bagi memastikan segala persiapan dalam keadaan terbaik sebelum ketibaan jemaah haji Malaysia di Madinah dan Mekah.

“Kesemua para petugas yang bertindak sebagai barisan hadapan ini telah mengikuti kursus yang cukup komprehensif bagi meningkatkan kecekapan, pengetahuan serta kemahiran bagi memastikan mereka bersedia sepenuhnya dan cukup terlatih dalam melaksanakan tanggungjawab untuk menyantuni 31,600 bakal haji negara,” katanya.

Penerbangan pertama jemaah haji negara akan bermula pada 29 April ini manakala penerbangan terakhir adalah pada 1 Jun. Bagi tahun ini, hari Wukuf iaitu 9 Zulhijjah dijangka pada hari Khamis, 5 Jun.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk