ARTIKEL

PH-BN pertimbang fail petisyen pilihan raya bagi empat kerusi- Amirudin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Gabungan PH dan BN mempertimbang untuk memfailkan petisyen pilihan raya, bagi membatalkan keputusan beberapa kerusi yang dimenangi PN, dalam PRN Selangor, semalam.

Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata antaranya ialah kerusi DUN Sungai Kandis, Taman Medan, Gombak Setia dan Dengkil, yang mana majoriti kemenangan rendah.

Beliau berkata, keputusan bagi empat kerusi tersebut menyaksikan PH-BN kalah dengan 407 undi di Dengkil, Sungai Kandis 167, Gombak Setia 58 dan Taman Medan 30.
“Selain majoriti rendah, kita juga ambil maklum ada beberapa hal yang boleh dipertimbang untuk dibuat petisyen, seperti kes kertas undi tidak dikembalikan di Sungai Kandis.

“Pasukan peguam membuat penelitian lanjut mengenai kes di semua kerusi ini, sebagai pertimbangan dalam membuat petisyen,” katanya ketika sidang media pada majlis pengumuman keputusan PRN Selangor.

Sidang media itu turut disertai pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo, Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Johan Abd Aziz.

– Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU