ARTIKEL

PENJELASAN...Oleg Starynskyi (tengah) ketika bercakap pada sidang media.

Phnom Penh Crown Sedia Hadapi Cabaran Kuching City


Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih Phnom Penh Crown FC, Oleg Starynskyi mengakui kem kendaliannya siap sedia berdepan Kuching City aksi kelima Kumpulan H, Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) di Stadium Taha Ariffin, Petra Jaya petang esok (6 petang).

Turun dengan misi memburu kemenangan keempat untuk memastikan tiga mata mutlak dapat diperoleh.

Ia sekali gus mengekalkan kedudukan di tangga teratas Kumpulan H ketika ini.

“Sudah pastinya kami datang di sini untuk menang. Segalanya bukan mudah kerana pasukan Kuching kini berprestasi kemuncak.

“Apatah lagi perlawanan esok berlangsung di laman sendiri. Ia kelebihan buat mereka,” ujar Oleg pada sidang media di Stadium Taha Ariffin, Petra Jaya sebentar tadi.

Bagaimanapun katanya, ia bukan halangan untuk barisan pemainnya mendapatkan keputusan positif.

Beliau juga berharap rangkaian kesebelasan utama yang diturunkan petang esok dapat menterjemah strategi dengan baik.

Dengan kata lain, dapat mengadaptasi strategi yang digunakan untuk beroleh kemenangan.

Phnom Penh Crown kini menghuni tangga teratas Kumpulan H, mengumpul sembilan mata dengan mencatat tiga kemenangan, sekali kalah daripada empat perlawanan dilalui setakat ini.

BERITA LAIN

Warisan Melayu Sarawak Perlu Diperkasa

KUCHING: Warisan Melayu Sarawak berusia 150 tahun bukan sekadar bukti kehebatan pemikiran generasi terdahulu, tetapi amanah untuk membina masa depan berteraskan ilmu, kepimpinan dan kemajuan.

BERITA TERBARU