ASAJAYA: Pendatang baharu, Tarang FC memperaga aksi juara pada penampilan pertama di Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan Adun Asajaya, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah edisi ke-57 2025.
Skuad yang dibarisi kesemua bekas pemain kelab handalan, Machan FC membelasah Sahaban 7-0 pada perlawanan yang berakhir sebentar tadi.
Sekali gus, menyaksikan pilihan juara itu mara ke pusingan seterusnya yang dijadual berlangsung Khamis nanti.
Enam perlawanan berlangsung hari ini yang turut menyaksikan keputusan berbeza diperoleh.
Pasukan Manthez United turut mara ke pusingan seterusnya apabila mencatat kemenangan tipis (4-3) menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Kaslo FC selepas kedua-duanya terikat tanpa jaringan untuk masa penuh permainan.
Sementara itu, pasukan Nedhim FC turut mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya, juga mencatat kemenangan (4-2) menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat (2-2) pada permainan masa sebenar.
Pasukan KSSC tidak terkecuali memastikan kemaraan ke pusingan seterusnya apabila menyingkirkan Jass FC A (4-2) menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat (1-1).
Dua lagi pasukan yang turut memastikan kemaraan ke pusingan seterusnya iaitu Ejamy Enterprise dan Firdaus Contructions selepas menyingkirkan lawan masing-masing.
Ejamy Enterprise mara selepas menumpaskan Tambirat Legacy (1-0) sambil kemenangan dengan jaringan yang sama diperoleh Firdaus Contructions ke atas KBSB 2.



