ARTIKEL

Vietnam menewaskan Myanmar 5-0 untuk menduduki tempat teratas kumpulan Piala ASEAN. - Foto; VNExpress

Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separuh akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Naib juara edisi 2022, Vietnam, menepati ramalan melangkah ke peringkat separuh akhir dengan bergaya selepas mengalahkan Myanmar 5-0 pada aksi terakhir Kumpulan B saingan Piala ASEAN 2024 semalam.

Kejayaan di Stadium Viet Tri itu menyaksikan pasukan tuan rumah di bawah bimbingan Kim Sang-sik itu muncul juara kumpulan B dengan mengumpul 10 mata.

Namun demikian, Vietnam terpaksa menunggu hingga minit ke-48 separuh masa kedua untuk mendahului, selepas kedua-dua pasukan buntu dan terikat tanpa sebarang jaringan pada separuh masa pertama.

Gol pertama mereka dijaringkan oleh Vi Hao Bui pada minit ke-48, sebelum Rafaelson Bezerra Fernandes menjaringkan gol kedua selang tujuh minit kemudian untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Nguyen Quang Hai terus memberi keselesaan buat Vietnam apabila dia melebarkan lagi kedudukan menerusi jaringan ketiga pasukan pada minit ke-74.

Tidak cukup dengan itu, Vietnam mengukuhkan kedudukan dengan menyumbat dua lagi gol pada masa kecederaan menerusi Rafaelson, diikuti Nguyen Tien Linh, menjadikan kedudukan akhir 5-0.

Sementara itu, Filipina turut melakar kemenangan 1-0 ke atas Indonesia, sekali gus mengesahkan kemaraan ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B.

Pada aksi di Stadium Manahan di Surakarta, Indonesia, jaringan tunggal Bjorn Kristensen pada minit ke-63 itu sudah cukup memadai bagi membenam hasrat Indonesia untuk melangkah ke saingan separuh akhir. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat sayap PBB Tebedu pilih Simon calon GPS

KUCHING: Empat sayap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tebedu sebulat suara menyokong Dr Simon Sinang Bada dicalonkan semula sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS)

Ba’Kelalan berpotensi jadi destinasi pelancongan unik

KUCHING: Keunikan budaya, kraftangan dan hasil tempatan menjadikan Ba’Kelalan berpotensi muncul sebagai destinasi pelancongan baharu yang menarik di Sarawak. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk