China memulakan aksi Piala Asia 2023 dengan keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Tajikistan untuk Kumpulan A selepas tandukan pemain pertahanan China Zhu Chenjie tidak dikira, lapor Xinhua.
Tajikistan yang menduduki ranking ke-106 dunia dilihat menguasai perlawanan sepanjang separuh masa pertama dan mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal disempurnakan.
China bangkit pada separuh masa kedua selepas jurulatih Aleksandar Jankovic melakukan pertukaran pemain.
Jankovic mengakui anak buahnya kelihatan agak tertekan pada separuh masa pertama dan beberapa perubahan penting dibuat sebelum aksi seterusnya menentang Lubnan.



