ARTIKEL

BARISAN BAYANGAN... Pemain muda yang berada dalam skuad bayangan ketika ini.

Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur 2024: Pendedahan terbaik buat pemain muda boling padang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penampilan 16 orang pemain muda dari skuad bayangan pasukan boling padang SUKMA Sarawak dalam Kejohanan Boling Padang Empat Berpasangan, Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur 2024 baru-baru ini amat bertepatan.

Usaha tersebut dilihat sebagai pentas bagi pemain mengukur kemampuan sebenar mereka.

Di samping itu, ia memberi peluang memperbaiki prestasi semasa untuk diserap ke dalam barisan utama bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 yang akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayuarie Awang Redzuan menegaskan, walaupun pada dasarnya himpunan atlet terlibat dengan kejohann itu gagal untuk meraih sebarang pingat.

Apa yang pasti, katanya, pemain atau atlet terbabit sudah melalui aksi kompetitif sebenar.

Sekali gus, ia menjadi persiapan terbaik buat mereka untuk berentap di temasya dwitahunan negara itu kelak andainya terpilih.

“Saya percaya atlet yang berada dalam skuad bayangan ini akan menggunakan pengalaman yang diperoleh untuk kejohanan sebenar kelak,” tambah Awang Putrayusrie lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU