ARTIKEL

SEMAKIN DIKENALI… Pemain apit kanan wanita kebangsaan, Nur Fatihah Sharudin, membuat libasan ketika beraksi mewakili regu Perlis pada Kejohanan Sepak Takraw Terbuka dan Pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan Malaysia MADANI 2024 pada 1 Mac lepas. | BERNAMA

Piala Dunia Sepak Takraw 2024: ISTAF jamin mutu pengadilan terbaik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) menjamin mutu pengadilan yang terbaik dalam penganjuran Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa di sini pada 18 hingga 26 Mei tahun ini.

Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader, berkata pihaknya telah mengenal pasti 20 hingga 30 pengadil bertauliah dari Malaysia untuk kejohanan yang menawarkan ranking dunia buat julung kalinya. 

“Kami akan mengambil pengadil seluruh negara yang boleh memberikan terbaik iaitu mempunyai pangkat di peringkat Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) atau ISTAF bagi kejohanan ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Isu pengadilan dalam sukan sepak takraw menjadi perdebatan hangat sebelum ini apabila Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan, mengakui kecewa dengan mutu pengadilan pada Sukan Asia Hangzhou 2022.

Pada kejohanan dunia di sini, sebanyak 21 negara telah mengesahkan penyertaan dengan 12 pasukan bersaing bagi kategori Premier dan sembilan pasukan bagi kategori Divisyen 1.

Sebanyak 12 negara dalam saingan Premier terdiri daripada Malaysia, Thailand, Korea Selatan, Myanmar, Vietnam, India, Indonesia, Singapura, Brunei, Jepun, China dan Filipina.

Divisyen 1 pula ada sembilan negara iaitu Sri Lanka, Arab Saudi, Perancis, Iran, Taiwan, Nepal, Pakistan, Jerman dan Bangladesh

Mohd Sumali sebelum ini memaklumkan persiapan negara menjadi tuan rumah sudah mencapai tahap 50 peratus membabitkan pengangkutan dan kemudahan disediakan. 

Majlis pelancaran Kejohanan Sepaktakraw Piala Dunia 2024 akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, Jumaat ini. — BERNAMA

BERITA LAIN

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah