WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dijangka bakal dibanjiri sehingga tujuh juta pengunjung luar negara untuk kejohanan Piala Dunia FIFA 2026. Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS, Markwayne Mullin pada Ahad berdasarkan laporan CNN yang dipetik Sputnik/RIA Novosti.
“Kita bakal menerima antara lima hingga tujuh juta pelawat,” kata Mullin kepada CNN.
Beliau berkata, tiada sebarang ancaman keselamatan khusus yang dikesan oleh jabatan itu buat masa ini.
“Adakah kita selamat? Ya, kita akan menganjurkan antara Piala Dunia paling selamat dan terbaik dalam sejarah acara ini,” ujarnya.
Piala Dunia diadakan di AS, Kanada dan Mexico dari 11 Jun hingga 19 Julai ini. Kejohanan itu menampilkan 48 pasukan buat kali pertama.- Bernama-Sputnik/RIA Novosti



