ARTIKEL

Piala FA: Kuching City cabar Selangor FC malam ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) membuka langkah memburu tiket ke final Piala FA 2026-2027 apabila bertandang menentang Selangor FC dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pada jam 9.00 malam ini.

Pertembungan itu bakal menguji kemampuan The Cats mengulangi kejayaan menyingkirkan Gergasi Merah pada separuh akhir Piala Malaysia, April lalu, sekali gus meneruskan impian mara ke final kedua dalam tempoh setahun.

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak mempunyai rekod positif menentang Selangor dalam saingan kalah mati selepas mencatat kemenangan agregat 2-1 pada separuh akhir Piala Malaysia 2025-2026.

Pada aksi pertama 5 April lalu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium MBPJ sebelum Kuching City melengkapkan kemenangan 1-0 pada perlawanan timbal balik di Stadium Taha Ariffin, Kuching pada 18 April.

Kejayaan itu menyaksikan The Cats mara ke final Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah kelab, sekali gus menjadi bekalan keyakinan menjelang pertemuan semula dengan Selangor.

Kuching City menempah tempat ke separuh akhir Piala FA selepas mengetepikan Kelantan City FC dengan agregat 4-1, hasil kemenangan pada aksi suku akhir kedua di Kuching pada 10 Oktober lalu.

Ajdin Mujagic menjadi watak utama apabila meledak hatrik, manakala Yuki Tanigawa turut mencatat nama sebagai penjaring bagi melengkapkan kemenangan 4-1 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan pertama.

Selangor pula mara selepas menyingkirkan Star City FC dengan agregat 6-4, hasil kemenangan 4-1 pada aksi pertama sebelum tewas 2-3 dalam perlawanan kedua.

Pertemuan di Petaling Jaya menjadi peluang penting buat The Cats mendapatkan keputusan positif sebagai bekalan sebelum kembali beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Aksi separuh akhir kedua dijadualkan berlangsung pada 8 November, pada jam 7.45 malam di Stadium Taha Ariffin yang bakal menentukan pasukan yang layak ke pentas final.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berdepan dengan DPMM FC bagi merebut satu lagi slot ke pentas final.

Sekiranya Kuching City dan JDT melepasi cabaran masing-masing, kedua-dua pasukan berpeluang mengulangi pertembungan final Piala Malaysia musim lalu.

Bagaimanapun, tumpuan terdekat The Cats adalah untuk memperoleh keputusan terbaik di gelanggang Selangor sebelum meneruskan misi melangkah ke final Piala FA di Kuching.

BERITA LAIN

Dua pelajar berani bantu guru cedera

KUCHING: Dua pelajar sebuah sekolah swasta di sini menunjukkan keberanian apabila tampil membantu seorang guru wanita yang cedera ketika cuba merampas objek tajam daripada seorang

BERITA TERBARU

Ferrari tampil dengan sut putih

Ferrari bakal tampil dengan penampilan berbeza pada Grand Prix (GP) Amerika Syarikat di Litar Amerika (COTA), Austin, apabila Lewis Hamilton dan Charles Leclerc akan mengenakan

K-pop lebih sekadar hiburan

DI sebalik kesibukan menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan dan memenuhi tuntutan kehidupan sebagai mahasiswa, muzik pop Korea atau K-pop menjadi antara sumber hiburan yang memberikan ketenangan