ARTIKEL

PIALA KRT PINGGAN JAYA SGE United rangkul juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEJOHANAN Bola Sepak Tujuh Sebelah Tertutup Piala Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Pinggan Jaya 2024 melabuhkan tirainya hujung minggu lalu.

Kejutan berlaku apabila gelaran juara menjadi milik pasukan SGE United.

Kelab yang semakin digeruni ketika ini berjaya menundukkan Kasen FC dengan jaringan tipis (1-0) pada aksi fi nal yang berlangsung penuh dramatik.

Kejayaan itu membolehkan pemain SGE United membawa pulang wang tunai RM500 selain piala dan pingat. Manakala, Kasen FC selaku naib juara menerima wang tunai RM300 termasuk piala dan pingat.

Sementara itu, pasukan PPKPK muncul pemenang tempat ketiga yang menerima wang tunai RM200 beserta piala dan pingat selepas menumpaskan Red Zone FC (2-0) di tempat keempat.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Demak Laut, Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

Ketika berucap pada majlis penangguhan kejohanan, Dr Hazland menyambut baik usaha penganjuran kejohanan tersebut sebagai platform pemain mengetengahkan bakat masing-masing.

ELAK GEJALA SOSIAL

Ujarnya, ia juga berupaya mengelak mereka daripada terjebak dengan gejala tidak berfaedah.

“Saya percaya pengelolaan kejohanan seperti ini dapat membantu menggalakkan pembangunan sukan bola sepak bermula di peringkat akar umbi khususnya dalam kawasan DUN Demak Laut.

“Pada masa yang sama, ia mampu menjadi platform terbaik mendedahkan pemain dengan aksi yang lebih kompetitif,” katanya.

Beliau turut menyifatkan penganjuran kejohanan sukan mampu menjadi penanda aras ke arah meningkatkan keyakinan serta semangat berdaya saing secara sihat dalam kalangan pemain.

Tambah Hazland lagi, pada dasarnya pendekatan seperti itu dapat mengeratkan hubungan silaturahim semua pihak yang terlibat.

Beliau mengakui kawasan DUN Demak Laut sering memperlihatkan kemunculan banyak pemain bola sepak yang berbakat.

“Mereka ini bukan sahaja mencipta nama di peringkat daerah, bahagian mahupu n negeri, bahkan berjaya mencipta nama dalam sukan nombor satu di dunia itu di pentas lebih kompetitif.

Saya percaya mungkin ada dalam kalangan pemain yang menyertai kejohanan ini mewakili Bahagian Kuching mahupun negeri Sarawak ke peringkat lebih mencabar.

“Secara tidak langsung memperlihatkan pendekatan melalui penganjuran kejohanan seumpama ini mampu meletakkan kawasan DUN Demak Laut sebagai medan pengeluar pemain bola sepak berbakat,” tambahnya.

20 PASUKAN

Sementara itu, pengerusi kejohanan, Halim Chip berkata, kejohanan dari 3 hingga 11 Februari lalu itu melibatkan penyertaan 20 pasukan.

“Kami merakam ucapan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan kerjasama bagi menjayakan penganjuran kejohanan ini,” tegas Halim.

Beliau mewakili jawatankuasa pengelola berharap sokongan dan kerjasama yang terjalin mampu dikekalkan pada masa akan datang. Katanya, tanpa sokongan, kejohanan terbabit mungkin tidak mencapai objektif yang diinginkan.

Menurut Halim, kejohanan tersebut dianjur dengan kerjasama Persatuan Penduduk Kampung Pinggan Jaya (PPKPK).

“Objektif penganjuran kejohanan ini bukan hanya dilihat sebagai pentas pemain mengetengahkan bakat mereka.

“Usaha ke arah itu juga mampu memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan pemain dan semua yang terlibat,” tambahnya.

Sementara itu, Hazland pada majlis sama turut menyampaikan bakul makanan kepada golongan kurang bernasib baik — terdiri daripada penduduk kampung terbabit.

“Kami berharap adanya sumbangan ini, ia dapat meringankan beban penerima,” jelasnya.

Ujarnya, program bakul makanan tersebut merupakan program bersama Kelab 4X4 Demak Laut dan PBB Cawangan Demak Laut.

BERITA LAIN

Riadah di Bukit Gondol, Lundu

AKTIVITI mendaki sangat baik untuk tubuh badan serta kesihatan dan minda kita. Lazimnya, pendaki tegar mencari lokasi pendakian baharu untuk merasai pengalaman berbeza kerana mereka

Penuhi impian rakyat Malaysia

Signifikan dengan peristiwa dan perayaan penting, Pengurus Besar Kanan Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi Petronas, Siti Azlina Abdul Latif berkata, mereka sentiasa berusaha merealisasikan impian

Gawai bukan sekadar tradisi

Tahun ini syarikat petroleum negara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memperkenal filem pendek terbaharu sempena sambutan Hari Gawai Dayak 2024. Filem Pesan Inik menampilkan usaha sinematik

Erat silaturahim masyarakat Jawa Sarawak

MAJLIS Malam Jalinan Silaturahim Persatuan Masyarakat Jawa Sarawak disambut meriah di Dewan Sri Lestari Kampung Sri Arjuna, Jalan Puncak Borneo. Bermula jam 8.00 malam, majlis

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)