ARTIKEL

Piala Malaysia: Menjelang pertemuan esok, SU FC tetap waspada

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kelebihan rekod tanpa kalah bukan jaminan buat pemain Sarawak United FC (SU FC) untuk mengambil mudah pertemuan menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam esok.

Sebaliknya, akan lebih berwaspada bagi mengelak dimamah aib sekali gus menghambat keinginan untuk beroleh tiga mata penuh.

Ketua Jurulatihnya E. ELavarasan mengakui, mereka menghormati pasukan lawan untuk pertemuan malam esok.

“Pasukan Kuala Lumpur City FC mantap disegenap posisi. Akan tetapi kita akan kekal fokus untuk cuba meraih sebarang mata,” ujar Elavarasan kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil mengakui bukan tugas mudah menanti pemainnya tatkala mengharungi aksi ketiga peringkat Kumpulan A kempen Piala Malaysia 2021.

Elavarasan pada masa sama sudah menyediakan pelan terbaik buat anak-anak buahnya untuk menghadapi gelora sebenar skuad warga kota itu.

“Ada sedikit rombakan dilakukan untuk barisan kesebelasan utama berikutan beberapa pemain dibelenggu kecederaan,” tambahnya.

Selain turut menyatakan ketua pasukan, Taylor Francis George Regan antara pemain yang sah tidak dapat beraksi akibat kecederaan hamstring.

Selain dua lagi pemain import, Uche Agba dan Lee Chang Hoon yang masih belum pasti untuk diturunkan kerana belum cergas sepenuhnya.

SU FC kini masih kekal mengungguli tangga teratas Kumpulan A dengan menggumpul 6 mata selepas mengharungi dua perlawanan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU