ARTIKEL

Piala Persatuan Gema Serian: Rimong Crocs United muncul juara 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JUARA…Pemain Rimong Crocs United selaku juara

SARIKEI: Skuad Rimong Crocs United  berjaya merangkul gelaran juara  Kejohanan Bola Sepak bagi Piala Persatuan Gema Cawangan Serian 2022.

Skuad berkenaan berjaya menumpaskan Bung Abutt FC (2-1) pada aksi final yang berlangsung di padang bola sepak Kampung Mentung Marau, Serian Ahad lalu sekali gus merealisasi misi untuk mencetak gelaran juara ke-10 mereka sepanjang musim ini.

Pengurus Pasukan, Raymond Ak Lori menzahirkan kegembiraan dengan kejayaan diperoleh oleh para pemain.

“Syabas dan tahniah kepada semua pemain atas kejayaan muncul juara pada saingan kali ini.

“Ia merupakan penutup yang hebat bagi kami musim ini,” tegas Raymond lagi.

Kedua-dua pasukan terbabit menerima hadiah wang tunai, piala dan pingat.

BERITA LAIN

Sarawak rancang anjur SMeC berskala besar

KUCHING: Sarawak merancang untuk menganjurkan Persidangan Media Sarawak (SMeC) berskala besar tahun hadapan susulan kejayaan penganjuran julung kali acara tersebut tahun ini. Timbalan Menteri di

BERITA TERBARU