ARTIKEL

MANTAP... Skuad WFL FC yang turut diperkuat dua bintang berpengalaman, Ashri Chuchu dan Paul Sambang.

PIALA PRESIDEN BIFA 2026: Himpunan pemain bintang gamit tumpuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Bintulu (BIFA) Edisi Ke-3 2026 yang kini sedang berlangsung menjadi tumpuan peminat di seluruh pelosok Sarawak.

Ia berikutan pasukan yang turut serta menyenaraikan ramai pemain berstatus bintang, sama ada mereka yang pernah menyarung jersi skuad Sarawak mahupun Kuching City FC.

Presiden BIFA, Sophie Shariee mengakui teruja dengan penampilan ramai bekas pemain berstatus bintang.

“Satu perkembangan positif di sebalik saingan musim ini yang dianjurkan. Ramai bekas pemain berstatus bintang turut beraksi.

“Ini merupakan petanda bahawa kejohanan yang kami (BIFA) anjurkan memperlihatkan kualiti di kelas tersendiri,” ujar Sophie kepada Arena Suara Sarawak.

Malah, katanya perkembangan luar jangka ini sekali gus memberi peluang kepada pemain muda terutama bakat baharu untuk menimba pengalaman.

Di samping itu, penggemblengan tenaga beraksi bersama pemain terbabit dapat meningkatkan mutu permainan mereka.

“Saya percaya pengalaman yang cukup berharga diperoleh pemain muda apabila berpeluang bermain dengan pemain tersohor Sarawak ketika ini,” tambah Sophie.

Antara beberapa bintang berpengalaman yang turut beraksi dalam saingan kali ini ialah bekas penyerang kebangsaan, Ashri Chuchu, Paul Sambang, Baharuddin Abdul Samad, Samsu Alam, Abdul Samad, Nazrul Abdul Samad dan ramai lagi.

BERITA LAIN

Sivasangari Selangkah Ke Final Terbuka Mesir

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari hanya selangkah ke final Terbuka Mesir 2026 selepas mara ke separuh akhir di Giza, semalam. Beraksi di hadapan

BERITA TERBARU

Tambah Kekerapan Penerbangan dari Sibu

SIBU: Kerajaan Sarawak diminta untuk memperkukuh perkhidmatan penerbangan dari Sibu, khususnya laluan ke Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu apabila kumpulan kedua pesawat tiba untuk