ARTIKEL

Carta kumpulan yang memaparkan senarai pasukan daripada empat kumpulan.

PIALA PRESIDEN BIFA 2026: Saingan bermula 18 April

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Bintulu (BIFA) Edisi Ke-3 2026 akan membuka tirai pada 18 April ini.

Sebanyak 20 pasukan mewakili pelbagai kelab akan berentap bagi memburu kejuaraan musim ini.

Setiausaha Kehormat BIFA, Musabaqah Meliki memberitahu bahawa sesi undian berlangsung semalam dan dibahagikan kepada empat kumpulan.

“Semalam berlangsung sesi undian yang menyaksikan pasukan WFL FC, PP Akademi, Lakin Kayau, LKT FC dan Ayash United FC berada dalam Kumpulan A.

“Kumpulan B pula terdiri daripada pasukan Ensumbar FC, Putera Tiger UPMS, IPD Bintulu, Jepak dan Rasta FC,” ujar Musabaqah kepada Arena Suara Sarawak.

Sementara itu, Kumpulan C menghimpunkan pasukan seperti Sapor FC, Badakus FT, Lua Warrior FC, RA Rizqi FC dan WFL Youth FC.

Manakala, lima lagi pasukan yang berada dalam Kumpulan D ialah Project Park, Team M7, Umbaster FC, Kenyana OU FC dan Bakoba FC.

Menurut Musabaqah, aksi peringkat kumpulan bermula pada 18 April ini, manakala majlis perasmian akan berlangsung pada 25 April.

BERITA LAIN

Kepercayaan memakan diri

DUA hari lalu, polis Saratok mendedahkan seorang wanita warga emas dari Kabong terpedaya oleh seorang bomoh palsu dari Sibu. Terpedaya itu bukan seribu dua, belasan

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU